Morfologi

 APAKAH ITU MORFOLOGI?

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata.Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa ( melayu ).



KONSEP MORFOLOGI

Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Di samping itu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1993) (dalam modul) pula mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Selain itu, Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) (dalam modul) turut mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Pelbagai pandangan turut diberikan berhubung dengan bidang morfologi ini di mana Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) (dalam modul) menyatakan ianya merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu (tatabahasa) dikenali sebagai morfem. Morfem merupakan unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.  Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar.  Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat.  Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.  Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.  Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan  ber-  dalam bersekolah  dan –an  dalam lautan  ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Dalam erti kata lain, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.  Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Jelas, morfologi merupakan satu bidang bahasa yang penting dan harus difahami dengan baik.

KESIMPULAN PEMBELAJARAN

Setelah memahami dan mempelajari morfologi saya dapat menaggap pengunaan bahasa dengan lebih efektif dan berkesan,Tanpa pengetahuan tentang morfologi, sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar.


Comments

Popular posts from this blog

Sintaksis

Retorik