Posts

Showing posts from December, 2020

Retorik

i.Definisi Retorik Perkataan retorik dikenali sebagai Rethor dalam bahasa Greek yang bermaksud “pemidato” manakala dalam bahasa Yunani, ia menjadi rhetorike yang bermaksud seni berpidato. Retorik ini dieja rhetorique dalam bahasa Perancis dan Rhetoric dalam bahasa Inggeris. Retorik dalam bahasa Melayu Klasik boleh dilihat dalam peribahasa, pantun, syair, gurindam dan banyak lagi genre sastera melayu yang lain. ii.JENIS-JENIS RETORIK A. RETORIK PEMERIAN (Ciri - ciri) - Menggunakan bahasa yang jelas & tersusun. - Tiada unsur penilaian, pandangan atau ulasan peribadi. - Menghasilkan gambaran realistik berdasarkan deria. - Bersifat diskriptif & informatif. (Contoh) Pengganas ISIS yang dikehendaki oleh polis antarabangsa itu telah disahkan berwarganegara Iraq dan berumur dalam lingkungan 25-30 tahun. Berketinggian lebih 1.8 meter, berkulit cerah, berbadan gempal, bermuka bengis, berjambang, mempunyai mata berwarna coklat, berkepala botak, dan mempunyai tatu tengkorak sebesar tapak t...

Sintaksis

1.0) APAKAH SINTAKSIS ? Sintaksis  adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.  Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 2.0)  DEFINISI SINTAKSIS 2.1) Menurut  Nik Safiah Karim (2008) - Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. - Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. - Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. - Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. - Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-  ...

Morfologi

Image
 APAKAH ITU MORFOLOGI? Morfologi  ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa ( melayu ). KONSEP MORFOLOGI Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, ...

Penerangan Kursus BBM157

 Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu. Pengetahuan mengenai sistem linguistik bahasa Melayu akan didedahkan supaya pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan aplikasi yang betul dan berupaya mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang lazim berlaku di dalam bahasa tersebut. Melalui kursus ini, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran asas mengenai sistem linguistik bahasa Melayu dengan baik. *Kandungan A.Proses Pembentukan Kata dan Ayat B.Semantik C.Laras Bahasa D.Retorik E.Peristilahan dan Kata Pinjaman F.Variasi Bahasa G.Wacana H.Perbandingan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris