Retorik

i.Definisi Retorik


Perkataan retorik dikenali sebagai Rethor dalam bahasa Greek yang bermaksud “pemidato” manakala dalam bahasa Yunani, ia menjadi rhetorike yang bermaksud seni berpidato. Retorik ini dieja rhetorique dalam bahasa Perancis dan Rhetoric dalam bahasa Inggeris. Retorik dalam bahasa Melayu Klasik boleh dilihat dalam peribahasa, pantun, syair, gurindam dan banyak lagi genre sastera melayu yang lain.

ii.JENIS-JENIS RETORIK


A. RETORIK PEMERIAN

(Ciri - ciri)


- Menggunakan bahasa yang jelas & tersusun.

- Tiada unsur penilaian, pandangan atau ulasan peribadi.

- Menghasilkan gambaran realistik berdasarkan deria.

- Bersifat diskriptif & informatif.


(Contoh)


Pengganas ISIS yang dikehendaki oleh polis antarabangsa itu telah disahkan berwarganegara Iraq dan berumur dalam lingkungan 25-30 tahun. Berketinggian lebih 1.8 meter, berkulit cerah, berbadan gempal, bermuka bengis, berjambang, mempunyai mata berwarna coklat, berkepala botak, dan mempunyai tatu tengkorak sebesar tapak tangan di bahu kiri.


B. RETORIK PEMUJUKAN

(Ciri - ciri)

 

- Banyak menggunakan kata penguat.

- Mementingkan kehalusan berbahasa.

- Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa.

- Kadangkala terdapat unsur jaminan & ganjaran.

- Menggunakan aspek psikologi dalam berbahasa untuk

mempengaruhi audiens agar mengubah pendirian,

pandangan atau kepercayaan.


(Contoh)

  

Inilah satu-satunya peluang anda untuk memiliki Proton Preve dengan potongan harga yang paling menarik. Segeralah rebut peluang ini, sementara stok masih ada.

C. RETORIK PENCERITAAN

(Ciri - ciri)


- Berbentuk lisan atau tulisan.

- Bersifat imaginatif dan kreatif.

- Mengandungi kohensi & koheren.

- Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa.

- Menggunakan gaya bahasa yang menarik & indah.

- Memaparkan peristiwa mengikut turutan tertentu.


(Contoh)


Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, lahir 5 Mac 1951, ialah seorang kartunis Malaysia. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia. Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy yang telah diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. Lat banyak berjasa dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.


D. RETORIK PENDEDAHAN

(Ciri - ciri)


 - Berbentuk lisan atau tulisan.

- Menjelaskan konsep atau istilah.

- Menghuraikan sesuatu topik secara objektif.

- Menggunakan teknik pentakrifan & analisis.

- Huraian jelas & maklumat berdasarkan fakta sebenar.

- Memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada audiens dengan berkesan.


(Contoh)


Apakah itu harimau belang? Harimau belang yang juga dikenali sebagai Pak Belang merupakan spesies kucing besar. Harimau belang berasal dari Asia Timur dan Selatan. Harimau belang merupakan pemangsa bagi haiwan-haiwan herbivor.


* retorik pendedahan - sesuatu yang ilmiah (cth: dasar-dasar negara, penyakit dll.) 


E. RETORIK PENGHUJAAN

(Ciri - ciri)


- Disampaikan dengan jelas & berkesan.

- Menggunakan teknik penyampaian secara deduksi, induksi atau analogi.

- Memerlukan khalayak bersetuju & yakin akan pendapat yang dikemukakan.

- Mempunyai usul, gagasan atau usul & gagasan yang disokong dengan hujah yang kuat.


(Contoh)


Kaum wanita perlu diberi ruang yang lebih luas untuk menerajui kepimpinan negara dan jabatan, kerana wanita telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu menggalas cabaran dalam merealisasikan segala visi dan misi negara. 

iii.HASIL PEMBELAJARAN RETORIK DAN KESIMPULAN PEMBELAJARAN.

Setelah mempelajari retorik saya dapat mempuitiskan lagi penulisan saya terutamanya dalam genre puisi dan syair, dan ini merupakan satu impak positif kepada untuk mengukuhkan lagi cita-cita saya sebagai seorang penjayak profesional.Disamping itu saya juga merasakan bahawa mempelajari retorik merupakan satu satu langkah yang penting untuk menguatkan lagi pengetahuan linguistik terutamanya bagi pelajar bidang bahasa.




Comments

Popular posts from this blog

Morfologi

Sintaksis